Thursday, April 17, 2008

Pilih Pemimpin berwibawa- wang ringgit bukan pertimbangan pilih pemimpin

Ahli Pemuda UMNO diingatkan supaya menggunakan sebaik-baiknya peluang pada pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan pusat pada tahun ini untuk mengetengahkan pemimpin yang berwibawa dan mampu menggalas tanggungjawab besar pergerakan itu selaras dengan kedudukannya sebagai sayap kanan parti.

Ketua kita yang bakal meninggalkan kita Disember ini telah meminta kita semua, ahli-ahli Pemuda agar bijak menilai keperibadian pemimpin yang mahu kita tonjolkan supaya sesiapa saja yang diangkat bukan hanya mengejar jawatan, sebaliknya dapat menyumbang untuk membantu memperkukuhkan parti yang tercalar berikutan keputusan mengecewakan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Inilah peluang untuk ahli menilai calon yang mahu mereka ketengahkan untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Biar Pemuda sendiri yang menentukan pemimpin yang mereka mahu baik pada peringkat cawangan, bahagian atau pusat.

Benarkah, selama ini kita akan memandang pada wang ringgit atau habuan yang bakal diperolehi dalam menentukan pemimpin yang ada pada hari ini?

Malah rakyat sendiri sudah bosan dengan tuduhan sama ada dari segi persepsi atau realiti bahawa wang ringgit menjadi pertimbangan pemimpin kita dan kedudukan menjadi perkara yang membelenggu terhadap persepsi orang ramai terhadap kita.

Kalaulah benar ia memang terjadi dalam masyarakat politik kita pada hari ini, Dato’ Hisham memberi ingatan agar jangan lagi kita memberi peluang atau ruang untuk calon ‘wang ringgit’ ini kerana yang akan menentukan pemimpin ialah kita sendiri di peringkat akar umbi.

Pemuda UMNO akan berdepan kesukaran untuk menarik penyertaan generasi muda jika anggota pergerakan itu sentiasa bercakaran dan berebut jawatan selain hanya mengejar wang ringgit, sekali gus menyebabkan parti untuk orang Melayu itu tidak lagi relevan pada masa depan.

Sehubungan itu, katanya, setiap ahli pergerakan itu perlu bertanggungjawab terhadap calon pemimpin yang mereka pilih nanti. Beliau juga mengingatkan ahli bahawa dalam keghairahan mereka memilih pemimpin, pertandingan yang diadakan hendaklah dalam suasana dan semangat kekeluargaan, tertib dan berdisiplin supaya dapat mengelak perpecahan yang berlarutan.

4 comments:

sahabat gunung said...

assalammualaikum.

Tahniah buat saudara Zaini. Sekarang dah ada blog sendiri, menyahut cabaran dari Dato' Rahman Dahlan buat semua calon yang nak bertanding dalam pemilihan tahun ini.

Saudara nak bertanding ker? Terpulang kepada saudara, semoga niat dan wawasan saudara akan menjadikan UMNO dan Pemuda UMNO itu sendiri sebagai parti yang benar-benar bermakna kepada rakyat, khususnya kepada orang Melayu dan ahli-ahli UMNO amnya.

Sekian, semoga banyak lagi idea saudara untuk pembangunan Pemuda UMNO di masa akan datang. Selamat berjuang di alam maya.....

Black-40 said...

Pemuda UMNO kena berani. Jangan asyik fikirkan 'masyuk' sahaja, masa depan negara dan UMNO harus difikirkan juga.

`kalau takut dilambung ombak, jangan berubah di tepi pantai'.

Black-40 said...

Datuk Hisham Hussein dah umum, akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini jika mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu.

Hisham dah pergi, siapa nak ganti Ketua Pemuda. Setakat ini, hanya Mukhriz dan Khir Toyo je yang nampak beriya-iya nak ganti Hisham selain Shaziman, Tajuddin Rahman, Azimi Daim yang cuba mencucuk jarum selain Zahidi yang masih mendiamkan diri.

sahabat gunung said...

11 Mei hari UMNO tapi jangan lupa tarikh 4 dan 15 Februari 1988

Hakikatnya, UMNO memang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Tarikh keramat itu harus diinggati oleh setiap ahli-ahli UMNO. Tetapi berapa ramaikah ahli UMNO yang melihat 11 Mei sebagai hari kita sebagai ahli UMNO. Malah tidak keterlaluan sekiranya aku katakan hanya 20% sahaja ahli UMNO yang mengerti tarikh keramat tersebut, itupun di kalangan `ahli-ahli veteran UMNO’ sahaja. Buat generasi muda, kalau tak diinggatkan pada setiap tahun, jangan harap mereka mereka akan sedar betapa besar ertinya 11 Mei 1946.

Tapi sebagai ahli UMNO, kita juga jangan lupakan tarikh 4 dan 15 Februari 1988. Pada 4 Februari, UMNO dikatakan `mati’. Namun ia merupakan sejarah yang amat luas tafsirannya dan implikasinya.

UMNO ’mati’ akibat pertembungan Tengku Razaleigh yang menentang Dr Mahathir Mohamad sejak April 1987, bermodalkan apa yang didakwanya sebagai ’kemungkaran politik dan ekonomi’. - baca seterusnya di www.sahabatgunung9506.blogspot.com